Monday 25 April 2011

macam mana aku nak luah kan nie. aku rindu gila kat kau. tapi aku tau kau takkan datang balik jumpa aku. 
kau dah tak da. 
hari tu aku mimpi kat kau. kau dengan ayah kau jugak. dalam mimpi tu aku terpana sebab kaw ada depan mata aku. tapi kaw pandang je aku sambil senyum. tau tak da lama aku tak nampak senyum tu. kau senyum je kat aku. tapi kau tak cakap apa-apa pun kan. kenapa kau tak cakap even satu perkataan je pun. aku rindu kat suara kau la... 
bila aku tanya orang makna mimpi tu. orang kata mungkin betul kau yang datang. sebab tu kau tak cakap. kan.. terima kasih sebab datang. and aku tak kan cuba untuk lupa mimpi tu. urm...
tapi aku tau. tinggi mana aku rindu tu. kau takkan datang lagi. semoga kau aman kat sana ye. nanti aku cuba sedekahkan al-fatihah untuk kau .. 

aku nak kau tau. aku selalu rindu kau!

Monday 21 March 2011

know me as VOICE

hye. 
first of all aku nak dikenali sebagai VOICE. memang takde makna pon dengan ''voice'' tu. tapi apa yang aku maknakan ialah suara. suara hati yang aku nak ungkapkan dengan kata-kata. sekadar yang termampu. aku nak mengenalkan diri yang tak mahu dikenali. aku nak gunakan aku sebagai ganti diri aku. takde saya i or what. 
aku nak gunakan blog ni sebagai satu medium untuk meluahkan perasaan yang sememangnya tak boleh diluahkan di alam nyata. perasaan baik, buruk dan macam-macam. bila dinyatakan face-to-face banyak bahana dia. so blog ini mungkin akan banyak berkaitan dengan hidup aku. kehidupan, rakan-rakan, famili dan semua sekeliling aku yang tak akan digunakan nama sebenar. harap maklum.
blog ini bukan untuk menjatuhkan sesetengah pihak tapi adalah diari hati aku